10 Mei 2011

Terkini Di Melaka - Beli Belah, Kegiatan Untuk Kanak-Kanak, Karnival dan Banyak Lagi

Bagi pengunjung-pengunjung ke Melaka, pelbagai kegiatan dapat disertai sepanjang tahun. Di sini kami berharap untuk mengumpulkan maklumat-maklumat untuk kegiatan-kegiatan yang menarik yang dapat dinikmati oleh seisi keluarga.

Sekarang: (JUN)
  1. Extreme Sports Show - BMX & Skateboard
    • 1-30 Jun 2011 (1 bulan) - Menara Taming Sari - Kelolaan Pengurusan Menara Taming Sari
  2. International Swimming Competition:
    • 1-30 Jun 2011 (1 bulan) - Klebang - Tourism Promotion Division
  3. Expo of 1 Malaysia Best & Melaka Fruit:
    • Pasaraya Mydin MITC - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  4. Melaka River Fiesta 2011:
    • 1-30 June (1 bulan) - Dataran Sungai Melaka dan Taman Rempah
  5. Malaysia Open Jet Ski Race 2011:
    • 2-5 Jun (4 hari) - Tanjung Kling
  6. Melaka Heritage Cooking Festival:
    • 3-5 Jun (3 hari) - Jalan Kota, Melaka - Melaka Museum Corporation (PERZIM)
  7. Dragon Boat Race Melaka 2011:
    • 12 Jun - Sungai Melaka - Pertubuhan Perlumbaan Perahu Melaka
  8. Perodua Eco-Challenge:
    • 25 Jun - Melaka International Motorsports Circuit, Ayer Keroh
Akan Datang (JULAI)
  1. Karnival Mega Sale:
    • 1-31 Julai 2011 (1 bulan) - Mahkota Parade
  2. Treasure Hunt:
    • 1-31 Julai 2011 (1 bulan) - Menara Taming Sari - Kelolaan Pengurusan Menara Taming Sari
Baru Selesai:
  1. Karnival Pendidikan - 7 Mei 2011 - Dewan MITC, Ayer Keroh
  2. Cycling Programme With Basikal Tua Association:
    • 1-31 Mei 2011 (1 bulan) -Menara Taming Sari
  3. Karnival Jom Gempau 2011:
    • 25-29 Mei 2011 (5 hari) - Perkarangan Luar Stadium Hang Jebat, Kerubong
  4. Karnival Upin & Ipin TV9:
    • 28-29 Mei 2011 (2 hari) - Melaka Wonderland

30 April 2011

CUTI HARI PEKERJA - MAAF HOMESTAY KAMI FULLY BOOKED

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana pihak kami tidak dapat menerima tempahan sehingga 2 Mei 2011.

Homestay kami fully booked sepanjang minggu ini. Tiada charge tambahan kepada mereka yang telah membayar deposit walaupun 1 dan 2 Mei merupakan cuti umum.

Ucapan terima  kasih dari pihak kami, kepada semua yang telah berada di homestay kami sebelum ini. Anda boleh memberi komen supaya pihak kami dapat memperbaiki apa yang kurang dan dapat mempertingkatkan lagi service kami.

Bagi mereka yang berminat untuk bermalam di sini, sila buat tempahan awal, melalui nombor telefon yang ada di website kami. Kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

01 April 2011

Roti Canai Terbang di Melaka

Selamat petang Jumaat. Esok dah weekend dan mesti ada kenduri-kendara, jalan-jalan cari makan atau saja makan-makan angin. Semoga video-video ini sedikit sebanyak dapat memberi rasa seronok nak cuba datang makan roti canai di Melaka. Makan dengan Asam Pedas. Best!!!

 

12 Mac 2011

Hotel atau homestay di Melaka

Cari hotel murah di Melaka? Hendak datang ke Melaka kerana bercuti atau bekerja? Di Melaka memang ada banyak hotel-hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik. Ada hotel-hotel yang murah. Ada hotel-hotel yang mahal. Biasanya kita ingin mencari hotel yang murah, bersih dan berdekatan dengan tempat-tempat yang kita hendak ziarah. Bagi mereka yang bekerja untuk diri sendiri dan datang ke Melaka untuk projek-projek yang memakan masa berminggu-minggu, penginapan di hotel mungkin terlalu mahal.

Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, tinggal di hotel mungkin memudahkan kegiatan percutian.Masalahnya, jika kita membawa ramai ahli keluarga, kita akan memerlukan beberapa buah bilik. Ada juga kemungkinan kita tidak mendapat bilik bersebelahan ataupun di tingkat yang sama! Bagi yang bercuti dengan kanak-kanak atau ahli keluarga yang sudah berumur, ini mungkin membimbangkan.

Bagi yang bertugas di Melaka dan perlu menampung perbelanjaan tempat tinggal sendiri, penginapan di hotel mungkin ialah pilihan terakhir.

Penginapan di homestay adalah pilihan yang sesuai bagi memastikan kita dapat mengawasi anak-anak kita, menemankan ahli keluarga yang sudah berumur dan/atau membayar sewa yang murah untuk penginapan jangka pendek. Homestay Al-Hidayah menyediakan kemudahan memasak dan juga berdekatan dengan gerai-gerai makan. Kadar sewa kami perpatutan dan sedia menerima tempahan sepanjang tahun. Diskaun akan diberi bagi tempahan melebihi dua malam.

11 Mac 2011

General Information in English

Please check out our Speak English page for information in English without having to LOL or ROFLOL after trying out the Google Translate. We did! We are going to maintain the Google Translate button for future giggle sessions. Try it. Enjoy!!

10 Mac 2011

Cuti Sekolah: Jalan-Jalan Dengan Anak-Anak

Hari ini dah hari Khamis. Budak-budak sekolah memang dah menggelitik nak bercuti. Yang biasanya kena gosok baju sekolah untuk esok dah sedia untuk TIDAK meng"iron" baju sekolah selama seminggu. Tapi yang baiknya siapkan dulu sebelum sekolah buka 21 Mac nanti.Manalah tahu kapal terbang delay ke, highway jem ke, dah susah... Apa kata sebelum balik kampung, jumpa Wan ataupun datang bercuti ke Melaka, cuci kasut dulu. Seterika tudung, baju sekolah, bekas plastik yang isi makanan untuk waktu rehat keluarkan. Jangan nanti balik cuti, ada pulak eksperimen sains yang ibu kena hadap.

Bagi sesiapa yang akan bercuti ke Melaka. Alhamdulillah. Melaka memang best. Kadang-kadang yang mengeluhnya bukan apa... "Budak-budak memang cuti sekolah. Abang kau tu. Nak dapat dua tiga hari cuti pun susah. Kalau kita orang datang ke Melaka satu hari aje atau dua hari, apa ye yang dapat akak bawak budak-budak tengok?"

"Kak, kalau akak datang sehari aje memang penat. Tapi kalau nak memang boleh. Katalah akak bertolak lepas abang balik ofis. Kalau dari KL pun gedebak-gedebuk dah malam baru sampai. Mungkin akak akan solat dan makan dalam perjalanan. R&R kat PLUS banyak. Setidak-tidaknya kalau dah dekat tapi nak berhenti jugak, bolehlah berhenti di Restoran Jejambat R&R Ayer Keroh. Budak-budak mesti suka dapat tengok benda yang lain sikit.”


“Kalau akak rasa nak selesa sikit, akak mulakan perjalanan pagi hari. Budak-budak ni kalau dah makan, bila duduk dalam kereta kita pun rasa tenang sikit. Nak ingatkan sini ya, akak kalau ada anak kecil, jangan lah akak pangku kat depan. Bahaya kak!”

“Apa saya cerita tadi? Dah lupa pulak... Oh ye, ha.. kalau akak sampai Melaka siang hari dan dah tahu rumah siapa nak tidur malam nanti – Rumah Along ke, rumah Tok Ngah atau Nek Uda, tak pe – boleh terus jalan-jalan dulu. Kalau akak sampai masuk highway Ayer Keroh, akak boleh terus pergi ke tempat-tempat menarik di sana. Ada Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan Reptilia, Mini Malaysia, Mini Asean. Kalau akak rajin nak layan budak-budak makan kat Mc Donald's – dekat situ ada. Dari jauh dah nampak M dia.”



“Bila dah penat sikit nanti akak boleh lah nak balik rumah ke atau check-in atau nak teruskan dengan acara jalan-jalan. Akak boleh cuba pergi dekat MITC. Bila akak dah sampai sini kak, saya tak berani nak kata satu hari cukup. Baik akak tambah satu malam lagi. Bukan apa kak, Mydin yang terbesar dalam dunia ni (betul tak? Mydin ada dalam negara-negara lain ke?) ada dekat MITC. Tahun lepas, bila Perkim buat meeting kat Melaka, bas Wanita Perkim Sarawak berhenti untuk shopping kat Mydin. Esoknya sebelum bertolak balik ke KL, berhenti lagi sekali! Ni mengalahkan Disney World!! Ni untuk orang yang rajin shopping la... ”

“Ayah saya pulak kak, hari tu dia kata dia cuba tengok-tengok apa ada kat Kota Fesyen. Silapnya, bila dia dah masuk, tak tahu macam mana nak keluar. Punya la banyak barang. Saya sendiri tak pernah masuk. Kalau saya, tak de le sesat. Kita tahu le mana tempat tudung, kain batik... Ye tak kak? Setidak-tidaknya kita tahu parking kat mana. Hahaha...”

“Kalau belum penat lagi, akak cuba tanya abang kalau-kalau dia nak pergi bowling, planetarium pun ada, masjid dekat. Malam nanti akak pergi Crystal Bay kat Umbai makan ikan bakar. Akak cuba telefon Encik Ali +6019-6295219 (Gerai No.7 kalau tak salah saya) kalau nak booking. Tapi kak cuti-cuti sekolah ni tak berani nak kata la kak. Cuba la, mana tau. Sotong goreng tepung dia sedap...!”

“Kak, saya nak sambung cerita lagi ni. Tapi nampaknya betul akak kena tidur semalam lagi. Bandar Melaka belum tengok. Mahkota Parade belum jejak. Muzium Samudra, Menara Taming Sari kena singgah dulu. Bangunan merah Belanda tu belum ambil gambar lagi. Tapi kak, beca yang berbunyi bising tu, saya rasa untuk pelancung aje la kak. Saya dulu kak, masa kecil-kecil ada juga naik beca. Beca Pak Abu kat Bukit Cina. Mana ada bunga-bunga, lagu-lagu?? Ish...ish...ish! Kalau nak naik, naik la kak. Budak-budak mungkin nak cuba naik kereta lembu. Akak ingat cerita P.Ramlee.... duit lima sen macam roda kereta lembu... Biar budak-budak tengok kereta lembu takde tayar getah. Special..”



“Kak, saya nak pergi jerang air la kak. Akak kalau nak datang, apa kata akak call Cikgu Ailin +6012-3609437. Dia tu sebelum jadi cikgu di pernah kerja kat Muzium Baba Nyonya. Kalau pasal jalan-jalan kat Melaka ni tanya aje dia. Ayah dia tu la Cikgu Kadir. Cikgu Kadir tu nama sebenar dia Haji Mohamad, dulu guru besar High School...”

“Kak, betul saya kena pergi dulu ni kak. Assalammualaikum..”

01 Mac 2011

Cuti Sekolah 12-20 Mac 2011

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin meluangkan masa bercuti atau perlukan rumah beranggah semasa masjid berkahwinan di Melaka, Homestay Al-Hidayah, menyediakan dua (2) kediaman 3 bilik yang masing-masing dapat didiami 6 orang dewasa sehingga 8 dewasa + 2 kanak-kanak. Tempahan untuk kedua-dua buah rumah dapat menempatkan 20 orang dewasa/kanak-kanak.

Sila SMS Cikgu Ailin +6012-3609437 untuk pertanyaan berkenaan tempahan cuti sekolah Mac 2011.

26 Februari 2011

Harga Terkini: 28 Jun 2019

[Kemaskini 28 Jun 2019:]

Homestay Al-Hidayah terletak di Kampung Bachang, Melaka. Kediaman 3 pintu ini masing-masing mempunyai 3 bilik tidur yang berhawa dingin. Ketiga-tiga rumah boleh menempatkan 6 - 10 orang dewasa dengan selesa.

Berdekatan dengan:
  • Giant Hypermart Melaka, Melaka Sentral, Tesco Melaka, Jusco Melaka: 3 - 6 minit
  • Taman Rempah, Kampung Morten: 6 - 9 min
  • Hospital Melaka, Hospital Pantai Ayer Keroh, Putra Specialist Hospital: 5 - 9 minit
  • The Stadthuys, Dataran Pahlawan, Melaka Mall, Memorial Kemerdekaan, Replika Istana Kesultanan Melaka, Gereje St Paul, A'Famosa, Portuguese Square, Muzium Baba dan Nyonya, Jonker Walk, Melaka River Cruise, Muzium Samudera: 10 - 15 min,
  • Ayer Keroh, Melaka International Trade Centre: 13 - 15 minit
    • Zoo Melaka, Mini Malaysia, Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Dataran Sejarah
    • Melaka Planetarium, Melaka Fashion City, Melaka International Bowling Centre, Mydin
  • Kolej Yayasan Melaka, Institut Perguruan Melayu Melaka, Kolej Perubatan Manipal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka - Kampus Bandaraya, Universiti Multimedia Kampus Melaka: 6 - 13 min
Homestay Al-Hidayah menyediakan 3 buah rumah homestay. Masing-masing dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

  • Parking
  • 3 x Bilik Tidur (Berhawa Dingin)
  • 2 Bilik Air
  • Dapur - Periuk Nasi Elektrik, Cerek Eletrik, Pinggan Mangkuk
  • Sofa, Televisyen
  • Set Meja Makan
  • Towel
  • Sejadah, Telekung

Kadar Sewa Satu Malam:

  • Satu (1) RUMAH- RM160 / RM180 / RM200 semalam (Bagi tempahan untuk tiga (3) malam keatas, harga boleh dirunding.

Check-in: 2:00pm
Check-out: 12.00pm

Google Map:
    • GPS: N 2 14.2123, E 102 14.5538
    • Decimal Degrees: 2.236871, 102.242564
    • Degrees, Minutes and Seconds: N2 14 12, E102 14 33

    Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
    Cikgu Kadir / Tuan Haji Mohamad: +6017-2688369
    Cikgu Ailin +6012-3609437

    11 Februari 2011

    Homestay Al-Hidayah Sedia Untuk DiSewa

    Homestay untuk disewa di Bachang, Melaka.

    Sila hubungi Cikgu Kadir / Haji Mohamad Ismail di +6017-2688 369