Tentang Kami

HOMESTAY AL_HIDAYAH

Alamat: Lot 119 (387/2) Jalan Bachang, Pasir Puteh, 75350 Melaka
Telefon: +017-2688369 (Cikgu Kadir @ Haji Mohamad), +012-3609437 (Cikgu Ailin)

KEMUDAHAN:
  • 3 bilik tidur berhawa dingin - 2 katil queen dan 2 katil bujang, 
  • 2 bilik air - 1 ada water heater, 1 shower biasa,
  • TV, sofa, coffee table,
  • Dapur - periuk nasi elektrik, cerek elektrik, set meja makan, 
  • Almari baju, TV, sejadah, telekung, selimut, tuala.

Setiap rumah dapat memuatkan 6 orang dewasa. Kanak-kanak dibenarkan untuk berkongsi tempat tidur dengan ibubapa mereka. Jika diperlukan, kami dapat menempatkan 2 set tilam dan bantal (tiada caj tampahan) bagi setiap rumah. Ini membolehkan 10 orang untuk menginap di setiap rumah setiap malam. Setiap permintaan untuk set tilam dan bantal TAMBAHAN akan dikenakan caj sebanyak RM20 untuk malam pertama dan RM10 bagi malam-malam yang terterusnya. Permintaan ini akan dipenuhi bergantung kepada ketersediaan set-set tersebut.


KADAR SATU MALAM:
RM150 semalam [Isnin – Jumaat]
RM170 semalam [Sabtu – Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah]
 

Bagi tempahan untuk tiga (3) malam ke atas, harga boleh dirunding.
 

Deposit RM100 diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Sila lihat tab "Cara Membuat Tempahan" untuk keterangan lanjut. Baki sewa perlu dibayar semasa ambil kunci.

Check-in: 2:00pm
Check-out: 12.00pm


Check-in awal dan/atau check-out lewat hanya dibenarkan sekira ada kekosongan. 

PARKING:
Halaman Homestay kami dapat memuatkan 4 buah kereta.


MAKAN, MINUM DAN MEMASAK:
Kami mempunyai kemudahan memasak. Barang-barang dapur dapat dibeli dari Giant, Tesco, Jusco dan juga 7 Eleven (Taman MGBM) yang berdekatan. Pasar malam ada pada setiap hari Sabtu di Jalan Mangga 2, Taman MGBM - 2 minit dengan kereta. Pasar malam pada setiap hari Ahad di Batu Berendam - 3 minit dengan kereta.


Gerai Mak Andak Zainab (1-2 minit dengan kereta, jalan pun ok) menjual lontong dan nasi lemak untuk sarapan pagi. Ada banyak lagi gerai-gerai lain di sepanjang Jalan Bachang yang dapat dicuba untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.


DAN LAIN-LAIN:
  • Tetamu-tetamu kami diminta menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah (homestay).
  • Tetamu-tetamu dinasihatkan agar tidak meninggalkan benda-benda berharga di dalam rumah semasa rumah tidak diduduki dan lebih-lebih lagi selepas check-out. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada kehilangan barang hak milik tetamu.
  • Pihak pengurusan prihatin dengan keperluan dan keselamatan tetamu-tetamu kami dan berharap semua yang datang menginap di Homestay kami akan berasa selesa dan dapat beristirehat selama mana mereka tinggal di sini.