27 Februari 2012

Homestay Al-Hidayah Sudah Lebih Setahun Beroperasi

Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke Melaka sejak Februari 2011 dan telah tinggal di homestay kami sepanjang tempoh tersebut. Minggu lepas semasa MITC sibuk dengan Jom Heboh! homestay kami penuh.

Memandangkan kami dah beroperasi lebih 13 bulan maka ada kalanya tetamu-tetamu kami yang tertinggal barang. Selalunya botol-botol toiletries kecil yang tidak kami simpan ataupun botol minyak angin yang pernah ter"vacuum". Mintak halal ye.. Ada juga barang-barang yang masih kami simpan. Jadi sekiranya ada peluang untuk bertandang ke Melaka lagi bolehlah claim benda-benda ini.

Lost and found: Selindang putih dan Selindang hijau kuning merah biru.

Lost and found: Wool cap merah, hitam, putih. Cermin mata hitam frame merah. Brooch. Cincin.

Cuti sekolah bulan Mac dah dekat. Buatlah tempahan awal agar tidak kecewa...

10 Januari 2012

Melaka: Antara 45 tempat untuk diziarahi pada tahun 2012


Rumah kampung di Terengkera
Akhbar New York Times menamakan Melaka sebagai salah satu tempat untuk dilawati pada tahun 2012. Bandar bersejarah Melaka telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO bersama Georgetown di Pulau Pinang. Antara yang menarik yang terdapat di Melaka adalah tinggalan perbagai budaya banyak yang masih dapat dilihat atau dialami. Senibina dan lanskap, budaya, masakan, bahasa, ugama - antara yang kriteria yang telah meletakkan Melaka sebagai tarikan pelancong - jauh dan dekat. Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada tahun 2011 Melaka telah menerima seramai lebih kurang 11 million pengunjung.