Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke Melaka sejak Februari 2011 dan telah tinggal di homestay kami sepanjang tempoh tersebut. Minggu lepas semasa MITC sibuk dengan Jom Heboh! homestay kami penuh.
Memandangkan kami dah beroperasi lebih 13 bulan maka ada kalanya tetamu-tetamu kami yang tertinggal barang. Selalunya botol-botol toiletries kecil yang tidak kami simpan ataupun botol minyak angin yang pernah ter"vacuum". Mintak halal ye.. Ada juga barang-barang yang masih kami simpan. Jadi sekiranya ada peluang untuk bertandang ke Melaka lagi bolehlah claim benda-benda ini.
Lost and found: Selindang putih dan Selindang hijau kuning merah biru.
Lost and found: Wool cap merah, hitam, putih. Cermin mata hitam frame merah. Brooch. Cincin.
Cuti sekolah bulan Mac dah dekat. Buatlah tempahan awal agar tidak kecewa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan