10 Mac 2011

Cuti Sekolah: Jalan-Jalan Dengan Anak-Anak

Hari ini dah hari Khamis. Budak-budak sekolah memang dah menggelitik nak bercuti. Yang biasanya kena gosok baju sekolah untuk esok dah sedia untuk TIDAK meng"iron" baju sekolah selama seminggu. Tapi yang baiknya siapkan dulu sebelum sekolah buka 21 Mac nanti.Manalah tahu kapal terbang delay ke, highway jem ke, dah susah... Apa kata sebelum balik kampung, jumpa Wan ataupun datang bercuti ke Melaka, cuci kasut dulu. Seterika tudung, baju sekolah, bekas plastik yang isi makanan untuk waktu rehat keluarkan. Jangan nanti balik cuti, ada pulak eksperimen sains yang ibu kena hadap.

Bagi sesiapa yang akan bercuti ke Melaka. Alhamdulillah. Melaka memang best. Kadang-kadang yang mengeluhnya bukan apa... "Budak-budak memang cuti sekolah. Abang kau tu. Nak dapat dua tiga hari cuti pun susah. Kalau kita orang datang ke Melaka satu hari aje atau dua hari, apa ye yang dapat akak bawak budak-budak tengok?"

"Kak, kalau akak datang sehari aje memang penat. Tapi kalau nak memang boleh. Katalah akak bertolak lepas abang balik ofis. Kalau dari KL pun gedebak-gedebuk dah malam baru sampai. Mungkin akak akan solat dan makan dalam perjalanan. R&R kat PLUS banyak. Setidak-tidaknya kalau dah dekat tapi nak berhenti jugak, bolehlah berhenti di Restoran Jejambat R&R Ayer Keroh. Budak-budak mesti suka dapat tengok benda yang lain sikit.”


“Kalau akak rasa nak selesa sikit, akak mulakan perjalanan pagi hari. Budak-budak ni kalau dah makan, bila duduk dalam kereta kita pun rasa tenang sikit. Nak ingatkan sini ya, akak kalau ada anak kecil, jangan lah akak pangku kat depan. Bahaya kak!”

“Apa saya cerita tadi? Dah lupa pulak... Oh ye, ha.. kalau akak sampai Melaka siang hari dan dah tahu rumah siapa nak tidur malam nanti – Rumah Along ke, rumah Tok Ngah atau Nek Uda, tak pe – boleh terus jalan-jalan dulu. Kalau akak sampai masuk highway Ayer Keroh, akak boleh terus pergi ke tempat-tempat menarik di sana. Ada Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan Reptilia, Mini Malaysia, Mini Asean. Kalau akak rajin nak layan budak-budak makan kat Mc Donald's – dekat situ ada. Dari jauh dah nampak M dia.”



“Bila dah penat sikit nanti akak boleh lah nak balik rumah ke atau check-in atau nak teruskan dengan acara jalan-jalan. Akak boleh cuba pergi dekat MITC. Bila akak dah sampai sini kak, saya tak berani nak kata satu hari cukup. Baik akak tambah satu malam lagi. Bukan apa kak, Mydin yang terbesar dalam dunia ni (betul tak? Mydin ada dalam negara-negara lain ke?) ada dekat MITC. Tahun lepas, bila Perkim buat meeting kat Melaka, bas Wanita Perkim Sarawak berhenti untuk shopping kat Mydin. Esoknya sebelum bertolak balik ke KL, berhenti lagi sekali! Ni mengalahkan Disney World!! Ni untuk orang yang rajin shopping la... ”

“Ayah saya pulak kak, hari tu dia kata dia cuba tengok-tengok apa ada kat Kota Fesyen. Silapnya, bila dia dah masuk, tak tahu macam mana nak keluar. Punya la banyak barang. Saya sendiri tak pernah masuk. Kalau saya, tak de le sesat. Kita tahu le mana tempat tudung, kain batik... Ye tak kak? Setidak-tidaknya kita tahu parking kat mana. Hahaha...”

“Kalau belum penat lagi, akak cuba tanya abang kalau-kalau dia nak pergi bowling, planetarium pun ada, masjid dekat. Malam nanti akak pergi Crystal Bay kat Umbai makan ikan bakar. Akak cuba telefon Encik Ali +6019-6295219 (Gerai No.7 kalau tak salah saya) kalau nak booking. Tapi kak cuti-cuti sekolah ni tak berani nak kata la kak. Cuba la, mana tau. Sotong goreng tepung dia sedap...!”

“Kak, saya nak sambung cerita lagi ni. Tapi nampaknya betul akak kena tidur semalam lagi. Bandar Melaka belum tengok. Mahkota Parade belum jejak. Muzium Samudra, Menara Taming Sari kena singgah dulu. Bangunan merah Belanda tu belum ambil gambar lagi. Tapi kak, beca yang berbunyi bising tu, saya rasa untuk pelancung aje la kak. Saya dulu kak, masa kecil-kecil ada juga naik beca. Beca Pak Abu kat Bukit Cina. Mana ada bunga-bunga, lagu-lagu?? Ish...ish...ish! Kalau nak naik, naik la kak. Budak-budak mungkin nak cuba naik kereta lembu. Akak ingat cerita P.Ramlee.... duit lima sen macam roda kereta lembu... Biar budak-budak tengok kereta lembu takde tayar getah. Special..”



“Kak, saya nak pergi jerang air la kak. Akak kalau nak datang, apa kata akak call Cikgu Ailin +6012-3609437. Dia tu sebelum jadi cikgu di pernah kerja kat Muzium Baba Nyonya. Kalau pasal jalan-jalan kat Melaka ni tanya aje dia. Ayah dia tu la Cikgu Kadir. Cikgu Kadir tu nama sebenar dia Haji Mohamad, dulu guru besar High School...”

“Kak, betul saya kena pergi dulu ni kak. Assalammualaikum..”

1 ulasan:

  1. Belacan Melaka sedap. Kopi Sin Sing Melaka pun boleh tahan ye...

    BalasPadam