05 Januari 2017

Renovation dah selesai

Gambar-gambar terbaru Homestay Al-Hidayah.

Ni masa tengah renovation
Ni masa dah siap. Homestay yang lama masih beroperasi.
3 pintu boleh disewa sekali harung
Rumah yang baru boleh muat 12 orang dewasa

Semua bilik muat 4 orang. Ada aircon.

Boleh enjoy dengan ASTRO NJOI

29 Jun 2013

Langit di Bachang cerah...

Alhamdulillah cuaca di Melaka baik. Langit cerah. Sesiapa yang duduk di homestay minggu ni dapat bernafas lapang.

Ni rumah Cikgu Kadir, tuan punya homestay. Selang 2 pintu aje....
Homestay Al-Hidayah. Cuaca baik. Datang lah...
Sebenarnya kami ni nak beritahu, Homestay Al-Hidayah selalunya penuh. Kami minta maaf sebab tak dapat sewakan satu bilik satu bilik lagi. Kalau nak, sewa satu rumah aje. Bukan mahal pun.... Nak sewa telefon awal-awal ye... Bukan apa, selalu bertembung-bertembung. Lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. Ok, semoga hari-hari anda cerah, di mana saja anda berada.

Assalammualaikum...

27 Februari 2012

Homestay Al-Hidayah Sudah Lebih Setahun Beroperasi

Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke Melaka sejak Februari 2011 dan telah tinggal di homestay kami sepanjang tempoh tersebut. Minggu lepas semasa MITC sibuk dengan Jom Heboh! homestay kami penuh.

Memandangkan kami dah beroperasi lebih 13 bulan maka ada kalanya tetamu-tetamu kami yang tertinggal barang. Selalunya botol-botol toiletries kecil yang tidak kami simpan ataupun botol minyak angin yang pernah ter"vacuum". Mintak halal ye.. Ada juga barang-barang yang masih kami simpan. Jadi sekiranya ada peluang untuk bertandang ke Melaka lagi bolehlah claim benda-benda ini.

Lost and found: Selindang putih dan Selindang hijau kuning merah biru.

Lost and found: Wool cap merah, hitam, putih. Cermin mata hitam frame merah. Brooch. Cincin.

Cuti sekolah bulan Mac dah dekat. Buatlah tempahan awal agar tidak kecewa...

10 Januari 2012

Melaka: Antara 45 tempat untuk diziarahi pada tahun 2012


Rumah kampung di Terengkera
Akhbar New York Times menamakan Melaka sebagai salah satu tempat untuk dilawati pada tahun 2012. Bandar bersejarah Melaka telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO bersama Georgetown di Pulau Pinang. Antara yang menarik yang terdapat di Melaka adalah tinggalan perbagai budaya banyak yang masih dapat dilihat atau dialami. Senibina dan lanskap, budaya, masakan, bahasa, ugama - antara yang kriteria yang telah meletakkan Melaka sebagai tarikan pelancong - jauh dan dekat. Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada tahun 2011 Melaka telah menerima seramai lebih kurang 11 million pengunjung.

10 Mei 2011

Terkini Di Melaka - Beli Belah, Kegiatan Untuk Kanak-Kanak, Karnival dan Banyak Lagi

Bagi pengunjung-pengunjung ke Melaka, pelbagai kegiatan dapat disertai sepanjang tahun. Di sini kami berharap untuk mengumpulkan maklumat-maklumat untuk kegiatan-kegiatan yang menarik yang dapat dinikmati oleh seisi keluarga.

Sekarang: (JUN)
  1. Extreme Sports Show - BMX & Skateboard
    • 1-30 Jun 2011 (1 bulan) - Menara Taming Sari - Kelolaan Pengurusan Menara Taming Sari
  2. International Swimming Competition:
    • 1-30 Jun 2011 (1 bulan) - Klebang - Tourism Promotion Division
  3. Expo of 1 Malaysia Best & Melaka Fruit:
    • Pasaraya Mydin MITC - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  4. Melaka River Fiesta 2011:
    • 1-30 June (1 bulan) - Dataran Sungai Melaka dan Taman Rempah
  5. Malaysia Open Jet Ski Race 2011:
    • 2-5 Jun (4 hari) - Tanjung Kling
  6. Melaka Heritage Cooking Festival:
    • 3-5 Jun (3 hari) - Jalan Kota, Melaka - Melaka Museum Corporation (PERZIM)
  7. Dragon Boat Race Melaka 2011:
    • 12 Jun - Sungai Melaka - Pertubuhan Perlumbaan Perahu Melaka
  8. Perodua Eco-Challenge:
    • 25 Jun - Melaka International Motorsports Circuit, Ayer Keroh
Akan Datang (JULAI)
  1. Karnival Mega Sale:
    • 1-31 Julai 2011 (1 bulan) - Mahkota Parade
  2. Treasure Hunt:
    • 1-31 Julai 2011 (1 bulan) - Menara Taming Sari - Kelolaan Pengurusan Menara Taming Sari
Baru Selesai:
  1. Karnival Pendidikan - 7 Mei 2011 - Dewan MITC, Ayer Keroh
  2. Cycling Programme With Basikal Tua Association:
    • 1-31 Mei 2011 (1 bulan) -Menara Taming Sari
  3. Karnival Jom Gempau 2011:
    • 25-29 Mei 2011 (5 hari) - Perkarangan Luar Stadium Hang Jebat, Kerubong
  4. Karnival Upin & Ipin TV9:
    • 28-29 Mei 2011 (2 hari) - Melaka Wonderland

30 April 2011

CUTI HARI PEKERJA - MAAF HOMESTAY KAMI FULLY BOOKED

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana pihak kami tidak dapat menerima tempahan sehingga 2 Mei 2011.

Homestay kami fully booked sepanjang minggu ini. Tiada charge tambahan kepada mereka yang telah membayar deposit walaupun 1 dan 2 Mei merupakan cuti umum.

Ucapan terima  kasih dari pihak kami, kepada semua yang telah berada di homestay kami sebelum ini. Anda boleh memberi komen supaya pihak kami dapat memperbaiki apa yang kurang dan dapat mempertingkatkan lagi service kami.

Bagi mereka yang berminat untuk bermalam di sini, sila buat tempahan awal, melalui nombor telefon yang ada di website kami. Kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

01 April 2011

Roti Canai Terbang di Melaka

Selamat petang Jumaat. Esok dah weekend dan mesti ada kenduri-kendara, jalan-jalan cari makan atau saja makan-makan angin. Semoga video-video ini sedikit sebanyak dapat memberi rasa seronok nak cuba datang makan roti canai di Melaka. Makan dengan Asam Pedas. Best!!!